Memperkasa Tenaga Kerja Johor,
Membina Masa Depan

Tentang Skills4Johor

HRD Corp mengalu-alukan pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai peruntukan bagi menyokong inisiatif pembangunan bakat di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
JS-SEZ merupakan inisiatif kerjasama antara Malaysia dan Singapura yang bertujuan mewujudkan hab ekonomi bersama bagi menarik perniagaan dan pelaburan. Ia memberi tumpuan kepada industri bernilai tinggi dan teknologi inovatif serta menyediakan akses kepada kumpulan bakat yang mahir.
Bagi menyokong usaha ini, HRD Corp dengan kerjasama Unit Modal Insan Strategik Johor telah melancarkan inisiatif Skills4Johor.
​ Skills4Johor bertujuan untuk membangunkan tenaga kerja yang mahir dan bersedia untuk industri melalui program latihan yang disasarkan serta pensijilan yang relevan dengan industri. Ia disokong oleh peruntukan khusus daripada HRD Corp yang akan digunakan secara eksklusif untuk memperkasakan dan melatih semula pekerja masa depan, yang akan membawa kepada peluang pekerjaan dengan gaji premium.

Rakan Kerjasama

Majlis Pembangunan Bakat Johor
(Johor Talent Development Council)
Unit Strategik Modal Insan Johor
(Unit SMI Johor)

RINGKASAN

OBJEKTIF
  1. Membentuk tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan industri di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
  2. Melengkapkan tenaga kerja dengan kemahiran yang dapat meningkatkan potensi pendapatan.
  3. Menyediakan peluang penempatan pekerjaan dengan tawaran gaji yang kompetitif.
KUMPULAN SASARAN
  1. Graduan yang memiliki kelayakan dalam bidang TVET, diploma, ijazah sarjana muda dan ke atas daripada universiti, kolej atau politeknik.
  2. Tenaga kerja sedia ada yang dikenal pasti oleh majikan semasa serta pelabur masa hadapan JS-SEZ, bagi tujuan peningkatan kemahiran atau latihan semula untuk meningkatkan daya saing mereka dalam pasaran pekerjaan masa hadapan .
SKOP KURSUS
Memberi tumpuan kepada aspek kecekapan, kemahiran teknikal dan program pensijilan yang relevan dengan industri.
KAEDAH PENYAMPAIAN LATIHAN
Latihan akan disampaikan melalui kaedah yang sesuai mengikut keperluan majikan.
TEMPOH LATIHAN
  1. Minimum: 3 hari (24 jam)
  2. Maximum: 3 bulan
SALINAN FIZIKAL CADANGAN MESTI DIHANTAR KE:
Tingkat 11, Tower A, Menara IIB, Persiaran Medini Sentral 1,
Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor
MUAT TURUN DOKUMEN RASMI

RESOURCES

RESOURCES