Membeli atau membangunkan pakej perisian latihan bagi membantu pekerja dalam pembelajaran kendiri
LATIHAN BERASASKAN KOMPUTER (CBT)
Program yang dirancang bagi membolehkan majikan membeli atau membangunkan perisian latihan untuk melatih dan meningkatkan tenaga kerja mereka. Ini adalah program bermanfaat untuk majikan yang tidak dapat melepaskan pekerja mereka mengikuti latihan di luar premis syarikat. CBT juga membantu pekerja dalam menerapkan pembelajaran mengikut kesesuaian masa mereka sendiri berikutan waktu belajar, lokasi dan persekitaran latihan yang fleksibel serta penggunaan pakej perisian latihan.